INFO PROGRAM
Program ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Polimer adalah program kejuruteraan sofistikated yang memberi tumpuan kepada kemahiran pengetahuan berkaitan dengan rantaian teknologi dan produk kejuruteraan polimer yang inovatif, termasuk pemilihan bahan, sintesis polimer, pelbagai teknologi pemprosesan, dan kepakaran dalam merekabentuk dan mencipta produk. Para graduan dilatih dengan baik dalam industri minyak dan gas, bahan kimia dan instrumen yang berkaitan dengan industri polimer seperti plastik, getah, lateks, komposit, bahan termaju, serat dan tekstil, cat dan salutan, resin dan elektronik, percetakan 3D dan petrokimia. Graduan program ijazah Sarjana Muda mempunyai permintaan tinggi dan menikmati prospek kerjaya yang cemerlang.
PROSPEK KERJAYA
● SAINTIS KIMIA (GETAH & LATEKS) ● JURUTERA POLIMER ● KIMIA POLIMER
● SAINTIS POLIMER ● PROSES ENGINEER ● JURUTERA PENGELUARAN ● JURUTERA OPERASI
● JURUTERA R&D ● JURUTERA QA ● PAKAR PRODUK
● EKSEKUTIF TEKNIKAL DALAM INDUSTRI PETROKIMIA
● EKSEKUTIF TEKNIKAL DALAM KOMPOSIT/AUROSPACE
● JURUTERA REKAAN PRODUK
● PEGAWAI PENYELIDIK DI AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI
● SARJANA SAINS (Msc) ● DOKTOR FALSAFAH (PhD)