PENGENALAN

Program Pendidikan Jarak Jauh (PPJJ) mula diperkenalkan pada tahun 1971 dan merupakan satu program yang terulung di Malaysia yang menawarkan pengajian secara Jarak Jauh. Walau bagaimanapun program yang ditawarkan adalah setara dengan program yang diikuti oleh pelajar-pelajar penuh masa. Bahan-bahan pengajaran adalah melalui bahan bercetak berupa modul kendiri dan bahan-bahan bukan bercetak seperti pita CD audio/video dan kemudahan-kemudahan lain. Jangkamasa pengajian bagi program Sains, Sains Kemasyarakatan, Ilmu Kemanusiaan, dan Pengurusan ialah 4 tahun hingga 12 tahun. Sidang Akademik biasanya bermula pada bulan Sept dan berakhir pada bulan Jun tahun berikutnya. Semua program pengajian yang ditawarkan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.


OBJEKTIF

Program Pendidikan Jarak Jauh telah ditawarkan oleh pihak USM bagi memenuhi beberapa tujuan utama seperti yang berikut :

  • Membolehkan pelajar-pelajar dewasa, yang tidak berpeluang meneruskan pendidikan tinggi mereka oleh sebab-sebab tertentu, mengikuti pengajian tinggi sehingga memungkinkan mereka memperolehi suatu kelayakan ijazah.
  • Mengurangkan jurang peluang-peluang pendidikan di antara berbagai kaum di negara ini.
  • Membawa usaha-usaha pendidikan ke kawasan-kawasan yang kurang maju dari segi ekonomi.
  • Meningkatkan kadar pengeluaran pekerja-pekerja yang terlatih.
  • Memajukan daya pengeluaran mereka yang telahpun mempunyai pekerjaan dengan mengemaskini pengetahuan dan kebolehan mereka.
  • Menghasilkan gunatenaga profesional yang mencukupi bagi memenuhi wawasan Negara.
  • Untuk mengelakkan majikan-majikan daripada menghadapi kekurangan tenaga mahir yang boleh membantu perjalanan sesebuah organisasi. Ini boleh dicapai kerana program-program pengajian ini boleh diikuti oleh para pelajar tanpa meninggalkan pekerjaan masing-masing iaitu belajar sambil bekerja.

CARA PEMBELAJARAN :

Pembungkusan Kursus

  • Kursus-kursus akan ditawarkan secara bungkusan dan pelajar tidak diberi pilihan bebas. Pada setiap peringkat pengajian pelajar boleh mendaftar 10 - 30 unit.

Bahan Pembelajaran

  • Bahan-bahan pengajaran berbentuk modul kendiri dan bahan beraneka media.

KURSUS INTENSIF

Kursus Intensif dijalankan selama 2 - 3 minggu pada bulan November/Disember bagi semua program pengajian di kampus Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Kehadiran di kursus intensif ini adalah wajib bagi pelajar. Dengan kehadiran ini, pelajar berkesempatan untuk bertemu dengan pensyarah-pensyarah, menghadiri kuliah-kuliah, kelas-kelas amali, tutorial serta menduduki peperiksaan berterusan yang diwajibkan, dan menggunakan kemudahan-kemudahan di kampus Induk.


PELAKSANAAN DASAR BAHASA MALAYSIA

Pelajar perlu mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Ini akan membolehkan mereka mengambil kursus Bahasa Malaysia IV yang bernilai 2 unit dan merupakan kursus wajib yang akan diambilkira dalam keperluan minimum untuk pengijazahan.


KEPERLUAN MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET) sebelum tempoh berijazah.


STRUKTUR PENGIJAZAHAN

Tempoh Pengajian
Pengajian keseluruhannya secara Jarak Jauh memakan masa selama 4 tahun minimum dan 12 tahun maksimum.

Pendaftaran Kursus
Kursus-kursus akan diperbungkuskan hanya dalam bentuk bungkusan yang telah ditetapkan sahaja. Pada tiap-tiap Sidang Akademik, tertakluk kepada prestasi akademik pada sidang sebelumnya, pelajar-pelajar dibolehkan mendaftar sehingga maksimum 30 unit.

Sastera (Ilmu Kemanusiaan)dan Sains Kemasyarakatan

Pelajar-pelajar perlu mengumpul sejumlah 120 unit kredit minimum untuk pengijazahan.

Sains

Pelajar-pelajar perlu mengumpul sejumlah 100 unit kredit minimum untuk pengijazahan.

Pengurusan

Pelajar perlu mengumpul sejumlah 136 unit kredit minimum untuk pengijazahan.


PERTANYAAN :

Dekan,
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh,
Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang,
Tel: 04-6533264
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web: http://www.pppjj.usm.my